Panduan Terkini Lulus Temuduga Kerja Kerajaan SPA

thumbnail
Kerjaya sangat penting dalam kehidupan. Memang berbaloi kalau melabur untuk dapat kerjaya yang baik sebab ini boleh menstabilkan ekonomi keluarga dan untuk kesenangan pada usia tua. Bagaimana nak dapat kerja yang di  impikan seperti kerja di jabaran kerajaan di Malaysia? Gaji kerja kerajaan dah naik sekarang, tak macam dulu, sikit jer kan.

Sekarang graduan berlumba-lumba nak masuk kerja kerajaan - kena hadapi peperiksaan online spa dan juga kena pergi interview kerajaan. Kalau persiapan tak cukup, kandas di tengah jalan sebab calon yang nak masuk kerja kerajaan sangat ramai.

Cuba bayangkan, jawatan penguasa kastan yang baru buka menerima 80000 calon peperiksaan online dan seramai 30000 lulus peperiksaan tersebut. Jumlah yang di panggil temuduga tak pasti le berapa tetapi kekosongan hanya 2++ sahaja.

Cara tulis resume yang betul

Mula-mula kena tahu cara tulis resume dulu untuk menarik perhatian bakal majikan panggil temuduga. Resume mestilah dalam format terkini dan macam mana format terkini tuh atau template terkini tuh?

Kadang-kadang pening gak nak tulis resume ni. Salah satu caranya kita boleh ambik ayat dalam iklan kerja tuh. Mana-mana ayat yang berkaitan dengan pengalaman kita, ubah dan masukkan dalam template.



Gambar kena le yang terbaru. Nampak sikit kesungguhan kita hantar resume tuh, jangan buat ciincai-cincai saje. Kalau boleh, guna resume berbeza ke syarikat yang berbeza. Edit ayat-ayat resume supaya berkaitan dengan syarikat tersebut.

Masalah utama, kena dapatkan contoh reume terbaru dulu.Anda boleh cari online, tu pun kalau ada. Jika jumpa, template tuh hanya edit sahaja, design dah ada. Kan cepat tuh hanya main-main edit-edit sahaja. Jimat masa dan tenaga. Kalau dah ada template / format resume terkini kan bagus.

Persiapan temuduga spa

Bila dah di panggil temuduga kerja kerajaan, kena ada persiapan. Ramai yang tak bersiap untuk temuduga. Persiapan bukan hanya pada pakaian, tetapi juga pada info-info yang berkaitan. Ini yang lebih penting. Pakaian mungkin dapat markah 5% sahaja.

Temuduga kerja kerajaan spa

Contohnya, kalau jawatan penguasa kastam, korang kena cari info-info pasal penguasa kastam. Baru leh lebih konfiden bile pergi temuduga kerajaan ni kan. Kalau lulus kan best. Tak lulus takpe sebab kita dah berusaha dan mencuba sebaik mungkin. Sekarang ni info pasal GST kena tahu selain struktur organisasi kastam di tempat masing-masing.

Terdapat langkah-langkah yang bagus untuk buat persiapan hadapi temuduga. Bab persiapan sangat le penting sebab hampir 90% tak cukup persiapan untuk temuduga kerja kerajaan.

Teknik jawab soalan temuduga spa

Ha.. bab ni paling penting ler, teknik jawab soalan temuduga spa. Ada caranya nak jawab soalan dari spa nih. Biasanya soalan spa ni soalan killer dan soalan daripada wakil jabatan tuh soalan teknikal skit le.

Anda boleh cuba cari-cari kat google cara-cara jawat soalan temuduga kerja kerajaan nih. Ada tapi tak banyak. Temuduga kerja kerajaan ni berbeza dengan temuduga kerja swasta.

Cuma biasakan diri dengan soalan-soalan yang di tanya supaya nanti anda tak terkejut dengan format soalannya.

Soalan-soalan ni di tanya untuk melihat keupayaan anda, korang ni jenis yang macam mana. Sesuatu ke tak bekerja dalam satu-satu jabatan kerajaan. Teknik jawab soalan temuduga kerajaan ni sangat le penting untuk di ketahui.

Kisah kejayaan dan kegagalan

Kalau baca kisah-kisah kejayaan dan kegagalan calon-calon temuduga kerajaan sebelum nih, best - penuh warna warni.

Ini boleh di jadikan panduan supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kita boleh belajar daripada mereka yang pernah menghadiri temuduga kerajaan sebelum ini.

Orang kata, saya pun tak pasti, panel penemuduga ni ronda satu Malaysia untuk buat temuduga kerja kerajaan. Jadi soalan dan gaya soalan tu tak jauh beza. Nampak tak... jadi pengalaman calon-calon terdahulu penting untuk kita tahu.

Kan, sangat bernilai kan pengalaman mereka nih dan juga sangat berguna jika kita boleh baca


Kesemua ni ada di muatkan dalam satu panduan sahaja - panduan lulus temuduga kerja kerajaan.


Dalam satu panduan jer, ada semuanya, siap template reume lagih. Menarik nih dan berbaloi rasanya kalau melabur sedikit untuk kebahagian masa depan.

Cara Lulus Temuduga / Interview Kerajaan SPA

thumbnail
Panduan lulus temuduga kerajaan. Nak hadir temuduga mesti berdebar-debar kan. Iya lah masa depan tuh. Susulan daripada peperiksaan online penguasa kastam yang lepas, pasti ada yang dah di panggil temuduga oleh spa tetapi dah sedia ke nak temuduga tuh? Dah cari ke tip-tip temuduga untuk menambahkan keyakinan semasa di temuduga oleh spa. Terutama untuk adik-adik yang belum pernah bekerja lagih, pasti bercelaru jadinya walaupun ada jugak yang steady terutamanya yang biasa bercakap depan orang ramai.

Tip Lulus Temuduga Kerajaan


Temuduga kerajaan dan temuduga swasta lain ker? Lain skit jer ler tetapi yang kerajaan ni lebih skima skit dan biasanya sama je seperti tahun-tahun sebelumnya. Jadi di sini telah ada tip-tip untuk lulus temuduga kerajaan nih yang di sediakan oleh mereka yang pakar dalam bidang nih. Saya pun tak pandai bab-bab temuduga nih.. seriuaa gak le kalau hadiri temuduga.

Dengan adanya panduan lulus temuduga kerajaan ni ( terutamanya yang paling dekat jawatan penguasa dan penolong penguasa kastam ) di harapkan dapat membantu calon-calon lebih berkeyakinan dari segi pakaiannya, jawapannya, persiapannya. Kita akan rasa apa yang kita buat tuh betul lah semasa temuduga.


Kalau  takde panduan, kita main sebut je, cakap je apa yang terlintas di fikiran pada masa tuh sedangkan kita kena bagi jawapan mengikut apa yang penemuduga hendak tahu. Ini pentingnya panduan lulus temuduga kerajaan nih.

Kandungan Panduan Lulus Temuduga


Apa yang ada dalam panduan ni? Banyak.. serious. Daripada persiapannya hinggalah ke akhir temuduga, semua telah di sediakan. Juga di berikan bonus contoh-contoh soalan yang di tanya dan jawapan ( 250 soalan dan jawapan ).

INi untuk memberikan keyakinan semasa temuduga, bukannya soalan bocor ke apa. Kalau kebetulan sama tuh, rezeki ler tuh. Cuba bayangkan berapa ramai yang datang temuduga? Puluh-puluh untuk jawatan penguasa kastam ( temuduga sikit masa lagi ). Yang ambik peperiksaan online 80000 calon ( tak ramai dapat habiskan exam online sebab masalah teknikal ).

tip lulus temuduga kerajaan
Tak ramai berjaya dalam temuduga

Yanh dah lulus exam online penguasa kastam ni tak pasti berapa dan mereka inilah yang akan di panggil temuduga untuk mengisi jawatan penguasa kastam. Saya rasa ini untuk GST bulan April 2015.

Maklumat lanjut Panduan Lulus Temuduga


Temuduga ni penting sebab menentukan kerja kita nanti. Mengikut kajian, 90% tak buat persediaan untuk temuduga, main hentam jer. Pakai smart-smart pegi temuduga.

Jadi yang 10% ni, ada peluang cerah. Kalau korang nak masuk dalam golongan 10% yang buat persediaan ni, korang saya sarankan, dapatkanlah Panduan Lulus Temuduga Kerajaan ni, dengan sedikit bayaran.

Maklumat lanjut berkenaan persiapan lulus temuduga kerajaan, telah tersedia secara online.

Ps: Semoga lulus temuduga... mana-mana temuduga lah.