Panduan dan soalan lazim temuduga

thumbnail
Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Betul tak? Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih ada lagi dalam diri anda. Jadi langkah yang terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan PERSEDIAAN (Preparations) contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya. Sebelum dapat temuduga tuh, resume mestilah terbaru dan mengikut cara penulisan resume yang betul.


Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Petua dia, jangan tak jawab soalan. Bercakap dengan jelas, yakin pada diri sendiri. Jangan hanya mendiamkan diri. Nahas ko beb hehe.

Selain itu anda juga harus menyelidik latar belakang kerja yang anda nak pilih, company yang anda nak pilih. Dengan itu anda mempunyai kelebihan dalam menjawab soalan yang ditanya nanti. Berikut adalah beberapa soalan yang famous yang selalu ditanya oleh penemuduga, yang saya pecahkan kepada beberapa bahagian:

SEJARAH PEKERJAAN ANDA SEBELUM INI.

Soalan:  Namakan kompeni , jawantan, tarikh masuk dan tarikh berhenti, dan berapa gaji ANDA semasa berkhidmat ditempat kerja yang sebelum ini?

Penerangan:      Anda mungkin terkejut dengan soalan sedemikian. Walaupun soalanya senang tapi boleh mendatangkan masalah juga kalau anda tak boleh jawap dengan betul. Jadi ingat balik semua perkara tersebut dan terangkan secara terperinci seperti yang terdapat pada resume yang anda hantar kepada mereka. Salah Satu cara yang paling mudah adalah sediakan satu nota tetang perkara diatas kemudian kalau boleh hafal dan bawa semasa hari temuduga.

Soalan: Apakah tanggungjawab anda ditempat kerja sebelum ini?

Penerangan:Dalam menjawab soalan ini, anda hendaklah menerangkanya secara khusus tentang apa yang telah anda lakukan sebelum ini dan kaitkan dengan pekerjaan yang anda inginkan sekarang. Apa yang penting disini adalah anda perlu menerangkanya dengan jujur. Jangan menipu. Jangan memandai nak menceritakan tanggungjawab yang padahal anda tak buat.Penemuduga pun tahu raiak muka kita kalau kita tipu. Lagi nahas kalau pihak pengurusan menyelidik latar belakang anda di tempat kerja anda sebelum ini.

Soalan: Apakah cabaran utama yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda mengendalikan masalah tersebut?

Penerangan:Apabila anda ditanya soalan temuduga kerja seperti ini "Bagaimana anda menanganicabaran?" pastikan menyertakan contoh-contoh khusus tentang bagaimana anda mengendalikansituasi yang sukar yang pernah anda alamiBincangkan bagaimana anda membuat penyelidikantentang masalah tersebut dan cadangan anda untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Soalan: Apakah yang telah anda pelajari daripada kesilapan anda telah lakukan sebelum ini?

Penerangan: Apabila anda menjawab soalan ini, pastikan anda menukarkan perkara yang negatif kepada perkara yang positif. Contohnya seperti berikut:
#Salah satu perkara penting yang menjadi pengajaran kepada kerjaya dan diri saya ialah Kegigihan. Tidak mudah berputus asa kerana mungkin ada jalan penyelesaian yang mudah yang kita tidak sedar perkara tersebut boleh menyelesaikan masalah kita.

#Saya telah belajar untuk memberikan peluang yang kedua kepada setiap orangkeranatanggapan pertama kita sering menyebabkan kekeliruan dan tidak tahu perkara yang sebenar yang terjadi.
#saya selalu membuat kerja last minute. Ianya amat menyusahkan daripada membuat kerja dan siap lebih awal daripada dew date.

Soalan   :Apakah yang anda suka dan tidak suka berkerja ditempat lama anda terdahulu?
Penerangan: Apabila anda ditanya dengan soalan “apa yang tidak suka tentang pekerjaan anda sebelum inianda jangan terlalu memberi tanggapan yang negatif terhadap perkerjaan anda sebelum iniSebabnya ialah mungkin penemuduga beranggapan bahawa anda akan bercakapnegatif tentang pekerjaan baru atau syarikat apabila anda sudah bersedia untuk berkerja atau dipilih nanti(jika anda mendapat mendapat pekerjaan yang ditemuduga)Sebaliknya anda perlu bercakap tentang diri sendiri dan memberitahu tentang apa yang anda ingin sumbangkan kepada pekerjaan yang baru. Contoh jawapan dia seperti berikut:
#Saya seronok bekerja ditempat lama bersama-sama dengan rakan-rakan setugas yang saya yang lain. Suasana kerja yang tidak tegang memnyebabkan saya seronok untuk pergi kerja setiap hari. Saya mendapat kepuasan bekerja di tempat kerja lama saya.

#Salah satu sebab saya meninggalkan tempat kerja lama saya ialah kerana ianaya tidak mempunyai banyak cabaran serta mudah untuk saya selesaikan. Saya inginkan cabaran yang lebih daripada itu.
#Saya rasa saya sudah memberi komitmen yang lebih ditempat kerja lama saya, malangnya sejak beberapa tahun saya bekerja disana, masih lagi memegang jawatan yang sama dalam erti kata lain tak naik pangkat.
#Saya rasa kepakaran saya tidak sesuai ditempat kerja lama saya, akan tetapi saya menghargai jasa yang telah saya sumbangkan kepada tempat kerja lama saya.

Soalan   :Pernakah anda bekerja dengan rakan setugas yang anda benci? Jika pernah, bagaimana mana anda uruskan perkara tersebut.
Penerangan :Ya saya pernah bekerja dengan orang sedemikian. Walaubagaimanapun apabila saya melihat dia fokus terhadap kerja dan tahu mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah, saya menghargai apa yang telah dia buat. Kemudian perlahan-lahan perasaan benci saya bertukar menjadi suka walaupun kami tidak berkawan.

Soalan   :Kenapa anda berhenti bekerja ditempat kerja lama anda?
Penerangan:Soalan ini melibatkan dua perkara utama. Pertama jika anda berhenti kerja kerana kerelaan anda sendiri dan yang kedua ialah kerana anda dipecat.
Jika anda berhenti secara suka rela. Jawapan dia seperti berikut:
#Saya berasa bosan bekerja di tempat lama saya kerana kurang cabaran dan tidak bersesuaian dengan bakat yang saya miliki. Saya ingin merasakan kenikmatan berkerja dan saya tidak mahu berkerja secara tidak ikhlas disebabkan faktor saya tidak mempunyai bakat dalam bidang pekerjaan yang saya ceburi. Jadi ianya perkara yang sia-sia sahaja dan berkemungkinan besar mengambil masa yang lama untuk mengecapi kejayaan serta naik pangkat.

SOALAN TEMUDUGA MENGENAI DIRI ANDA


Selain daripada soalan tentang pekerjaan lama anda juga akan ditemuduga berkenaan dengan personaliti anda sendiri. Bagaimana tingkahlaku anda bekerja selama ini. Berikut ada beberapa soalan yang agak famous yang ditanya oleh penemuduga.

Soalan:Apakah kelemahan yang ketara dalam diri kamu?
Penerangan:Apabila anda ditanya dengan soalan sebegini, anda jangan terlalu mendedahkan kelemahan anda yang ketara. Seperti yang saya bagi tahu sebelum ini iaitu cuba tukarkan perkara yang negative kepada positif.Contohnya seperti berikut:
Apabila saya diberi satu tugas, saya akan siapkannya lebih awal daripada jadual yang sepatutnya kerana saya banyak mengambil ikhtibar daripada buat kerja last minute yang sangat menyakitkan.
#Saya sangat mementingkan kersempurnaan dalam kerja yang saya lakukan. Oleh yang demikian saya akan menyemak kerja saya berkali-kali sehingga saya betul-betul puas hati dengan apa yang saya lakukan.

Soalan   :Apakah kekuatan yang ketara dalam diri kamu?
Penerangan :Mungkin soalan ini sangat mudah untuk anda jawab. Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini ialah dengan menerangkan kemahiran dan pengalaman kamu yang berkerja ditempat lain sebelum ini dan kaitkan dengan kerja yang anda pohon sekarang.Contohnya adalah seperti berikut:
#Saya telah mencapai matlamat jualan syarikat setiap tahun dan saya telah diberi bonus diatas pencapaian saya tersebut.
#Saya mahir mengurus masa saya dengan baik, cekap dan teratur sekaligus memudahkan saya untuk memberi tumpuan kepada tugasan yang seterusnya.
#Saya mampu mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang sukar kerana saya tahu setiap masalah itu ada cara penyelesaianya yang tersendiri.

Soalan   :Bagaimana kekuatan yang ada pada diri anda boleh membantu anda dalam pekerjaan yang anda ceburi?
Penerangan :Soalan ini adalah soalan susulan daripada asas kekuatan anda tadi. Anda perlu huraikan bagaimana keupayaan tersebut membantu anda dalam berkerja. Jawapan ringkas yang saya syorkan adalah seperti berikut.
#Keupayaan saya yang paling ketara adalah boleh bekerja dengan pelbagai individu yang berbeza agama, bangsa dan budaya. Saya seronok bekerja dengan semua orang yang saya jumpa dan dalam masa yang sama saya akan merapatkan hubungan dengan mereka sekaligus memudahkan saya untuk menguruskan kerja secara berpasukan.
#Saya sentiasa fokus terhadap kerja yang saya lakukan. Saya tidak mencampuradukan kerja dengan masalah personal saya ketika ditempat kerja. Oleh hal yang demikian saya mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja saya walaupun sibuk.
#Walaupun saya sibuk dengan pelbagai tugas akan tetapi saya akan sentiasa memastikan kerja yang saya lakukan mengikut dew date yang telah ditetapkan atau sebelum tarikh akhir tugasan diserahkan.

Soalan :Ceritakan seba sedikit tentang latar belakang anda?
Penerangan:Dalam menjawab soalan ini anda harus member jawapan berkenaan dengan jawatan, suasana kerja dan budaya kerja anda sebelum ini. Contohnya seperti berikut:
#Saya enjoy bekerja dan bermesyuarat dengan semua orang dan sentiasa fokus terhadap kerja saya.
#Saya seorang yang berfikiran kreatif. Saya sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah yang saya hadapi terutamanya dalam tugasan yang amanahkan kepada saya.
#Saya cekap dalam melakukan tugasan dan membuatkan saya lebih proaktif dalam semua melaksanakan tugasan.

Soalan: :Cuba ceritakan cara kerja anda?
Anda perlu member jawapan yang berpadanan dengan kerja yang anda temuduga sekarang.Berikut adalah cadangan jawapanya:
#Saya sangat fokus, konsisten dan berkemampuan untuk berkerja dengan lebih cepat dan efisen.
#Saya sentiasa menyemak kerja saya supaya kerja saya lakukan itu betul-betul berkualiti untuk kebaikan kepada syarikat saya.
#Saya membuat kerja dengan terancang supaya saya boleh member tumpuan kepada kerja yang seterusnya.
#Saya sentiasa berbincang dengan rakan sekerja yang lain dalam melaksanakan tugasan yang diberi supaya lebih cekap dan efisen.

Soalan:Bagaimana cara anda menangani tekanan kerja?
Penerangan:Dalam soalan ini anda perlu menceritakan pengalaman anda apabila mengalami tekanan. Contoh jawapan mudah adalah seperti berikut:
#Tekanan adalah penting kepada saya kerana dengan adanya tekanan saya boleh melakukan tugasan dengan lebih baik. Cara yang sesuai untuk saya mengimbangi tekanan adalah dengan cara mengasingkan tekanan yang baik dan tekanan yang buruk. Saya perlukan tekanan yang baik untuk kekal bermotivasi dan produktif.
#Saya bertindak berdasarkan Situasi dan bukanya tekanan kerana saya tidak mahu memikirkan tekanan yang menyebabkan prestasi kerja saya menurun.
#Saya bukanlah seorang yang sukar berkerja apabila dalam tekanan. Saya sentiasa fokus dan berusaha untuk menyiapkan kerja saya.

Soalan:Apakah perkara yang dapat memberikan anda motivasi dalam bekerja?
Penerangan:Contoh jawapan adalah seperti berikut:
#Saya adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap kerja dan saya akan memastikan kualiti kerja saya sentiasa terbaik bersama-sama rakan sekerja yang lain. Saya melatih diri saya sendiri untuk bekerja dan siap tepat pada masanya untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik.
#Saya sentiasa ingin melakukan kerja dengan baik walau apa jua jawatan yang saya sandang. Saya sentiasa ingin cemerlang dalam kerja yang saya buat supaya ianya member kepuasan peribadi saya dan juga majikan saya khususnya.

JIka anda nak tahu tips yang lebih power, sila baca dapat ------- > Panduan menjawab soalan temuduga.

Untuk menulis resuma dengan betul, ada di sedia ------- > Panduan tulis resume / cv terbaru

Good luck!

Cara Semak Status Pendaftaran MUET Sesi Mac 2014

thumbnail
Semakan status pendaftaran calon peperiksaan MUET (Malaysian University English Test) untuk sesi Mac 2014 sudah boleh dibuat bermula 3 Jan sehingga 3 Mac 2014. Semakan boleh dibuat melalui SMS menggunakan khidmat mySMS di mana Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Berikut adalah cara menyemak pendaftaran calon MUET melalui SMS:

  • Taipkan
    MUET INFO [No. Kad Pengenalan]
    pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.
Cara Semak Status Pendaftaran MUET Sesi Mac 2014 Melalui SMS - imej
semak-pendaftaran-MUET-2014

Panduan Lulus Band 6 MUET

Jika anda atau pun anak anda, nak ambil MUET selepas nih, saya cadangkan baca ebook panduan lulus MUET ni. Ebook ni di tulis oleh penanda kertas MUET dan di antara kandundannya ialah:

Bab 1 : Pengenalan
Bab 2 : Apa itu MUET?
Bab 3 : Speaking Paper (800/2)
  • Perkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Speaking Exam
  • Contoh Soalan Peperiksaan Speaking
  • Gambaran Bagaimana Task A Dijalankan
  • Gambaran Bagaimana Task B Dijalankan
  • Kelemahan Calon Semasa Peperiksaan Speaking
Bab 4 : Reading Paper (800/3)
  • Panduan Menjawab Soalan Reading
  • Cara Mencari Makna Perkataan Tanpa Guna Kamus
  • Contoh Soalan Reading
Bab 5 : Writing Paper (800/4)
  • Cara Menjawab Soalan Writing
  • Senarai Perkataan Untuk Membuat Analisa
  • Contoh Soalan & Jawapan Paper Writing
Bab 6 : Listening Paper (800/1)
  • Panduan Menjawab Ujian Listening
  • Tips Memperbaiki Kemahiran Mendengar
  • Tips Menjadi Pendengar Yang Baik
  • Contoh Soalan Listening
Bab 7 : Panduan Menghadapi Peperiksaan
  • Sebelum Peperiksaan
  • Semasa Peperiksaan
  • Selepas Peperiksaan
Bab 8 : Penutup

Di harap ini boleh membantu anda atau anak-anak anda. Bagi kat couple pun boleh nih.Anda boleh dapatkan ebook Panduan Lulus Peperiksaan MUET Dengan Cemerlang ( Band 6 ) sekarang!

panduan lulus muet band 6


Semuga berjaya!

Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Al-Munawwarah Shah Alam

thumbnail
Setiap kali buka sekolah tahun baru, ibu bapa mesti sibuk uruskan hal sekolah anak-anak, yuran la, transport la, buku-buku la, pakaian seragam la, macam-macam dan ini tak boleh di elakkan. Suasana kalat kat bandar lain dari kawasan pendalaman. Kat bandar ni semua melibatkan kos, terutamanya kalau ibu dan bapa bekerja, nak kena ada orang uruskan anak, dan ini kena keluarkan kos la sikit sebanyak. Ini memang normallah, bagi yang belum ada anak, kena stanby benda-benda cam nih. Buat persedian awal-awal, senang skit.Kena le ajar anak jadi soleh.

Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Al-Munawwarah Shah Alam


Kalau anak sekolah pagi, petang nak kena hantar kelas fardu ain le, kalau larat ajar sendiri boleh juga. Kalau bagi yang profesional ajar, lagi lah bagus kan. Ibu bapa ni kadang-kadang ada yang kelaut je, sian anak-anak nak tuntu ilmu agama. Apa yang aku nak kongsikan ni adalah mengenai bantuan yag di perlukan oleh Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Al-Munawwarah Shah Alam dimana kos untuk besarkan sekolah fardu ain ni tak cukup lagih. Proses renonya dah mula dah dan kelas-kelas yang lama tak cukup menampung bil.  pelajar fardu ain.

Tengok gambar-gambar bawah ni, kesian kan, dinding kelas belum sempurna lagih, camne budak-budak nak tuntut ilmi. Ilmu agama ni. KAFA ni berada dalam kawasan masjid Al-Muwarrah di Seksyen 27 Shah Alam, dekat-dekat dengan KFC tuh ( kalau yang biasa kawasan ni ).

Psttt... akaun bank ada kat sini.

Kelas fardu ain kat sini, ada sesi pagi dan petang, full. Pelajar ramai, jadi elok sangat lah kalau di besarkan. Tenang skit budak-budak nak belajar agama.

Sumbangan di perlukan, sikit ke banyak ke, janji ikhlas. Hanya Allah yang tahu.

Dua pelajar MRSM Betong menang pingat emas di Geneva

thumbnail
BETONG 24 April - Dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong, Wilson Mujang dan Sharifah Badriatul Afiqah berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat emas dalam Pertandingan Kejuruteraan Alam Sekitar Antarabangsa di Geneva, Switzerland baru-baru ini.
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang ketika mengumumkan perkara itu berkata, kejayaan dua pelajar berkenaan amat membanggakan dan kerajaan negeri sedia mempertimbangkan untuk memberi insentif khas kepada mereka.

"Wilson Mujang dan Sharifah Badriatul Afiqah akan meneruskan perjuangan mereka dalam satu lagi pertandingan serupa di Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS) bulan depan.
"Oleh itu, insentif khas mungkin akan diberikan kepada dua pelajar ini pada penghujung tahun ini, bergantung kepada pencapaian mereka di AS nanti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Komputer 1Malaysia kepada 847 pelajar dari MRSM Betong, Kolej Vokasional Betong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Patinggi Kedit di sini, semalam.
Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkelili, Dr. Johnical Rayong serta Residen Betong, Datuk Romie Sigan.

Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri dalam pada itu berkata, pemberian komputer riba 1Malaysia membolehkan pelajar luar bandar tidak ketinggalan menikmati teknologi canggih sebagaimana rakan mereka di bandar.

Sehubungan itu katanya, kemudahan tersebut perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan sekali gus mencipta kejayaan lebih cemerlang dalam pelajaran.
Dalam perkembangan lain, beliau berharap MRSM Betong terus memainkan peranan menyediakan peluang kepada pelajar luar bandar menikmati kemudahan pendidikan berkualiti.
"Selain itu, adalah menjadi harapan saya untuk melihat anak kaum Penan berjaya melanjutkan pelajaran di MRSM Betong suatu hari nanti," katanya

Hafal al-Quran rahsia kejayaan pelajar STIAS

thumbnail
REMBAU 21 Mac - Didikan agama, menghafaz al-Quran dan bijak membahagikan masa adalah antara faktor kejayaan pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di sini apabila meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang diumumkan hari ini.
Kejayaan itu juga meletakkan sekolah ini berada pada kedudukan terbaik di peringkat daerah Rembau dengan memperoleh kelulusan 93.8 peratus.
Ketua Unit Pendidikan, Kumpulan Pendidikan Sofa, Abdullah Abdol Razak berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha Presidennya, Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin yang menitik beratkan tentang kepentingan ilmu pengetahuan.
"Seramai 48 orang calon SPM telah didaftarkan pada 2012 dan ini merupakan kumpulan pertama yang didaftarkan bagi aliran sains agama dan sains ikhtisas berbanding tahun sebelumnya.

Najwa Latiff dapat 4A

thumbnail
BATU PAHAT 21 Mac - Penyanyi, Najwa Latif (gambar), 18, yang popular dengan lagu Muka Buku dan Kosong mendapat 4A daripada sembilan mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim di sini bagaimanapun tidak hadir bagi mengambil slip keputusan itu.
Keputusan SPM Najwa diambil oleh kakaknya, Syafikah yang hadir seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti.
Najwa ketika menduduki SPM tahun lalu menyasarkan untuk mendapat 6A selepas berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan percubaan.
Najwa antara 192 pelajar sekolah tersebut yang mengambil SPM tahun lalu dan keputusannya diumumkan hari ini.

Baca al-Quran rahsia peroleh 9A+

thumbnail
KOTA BHARU 21 Mac - Amalan membaca al-Quran untuk merangsang perkembangan otak membuahkan hasil apabila Dini Mardiana Mohd. Radzuan, 18, diumumkan antara 15 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 peringkat negeri.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher yang memperoleh 9A+ itu memberitahu, sejak kecil ibunya, Rusnani Kamaruddin, 54, dan ayahnya, Mohd. Radzuan Mohamad, 56, seorang jurutera telah membiasakannya membaca al-Quran setiap hari.
Berkongsi kejayaannya, anak bongsu daripada empat beradik itu memberitahu, dia belajar secara berkumpulan dengan rakan-rakan di sekolah dan memperuntukkan lima jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran di rumah.

JANJI - Ibu bapa saman Selangor tuntut elaun rm50 sebulan utk anak tadika

thumbnail
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi berdepan tindakan saman terbaharu apabila seramai 1,888 ibu bapa di negeri ini menuntut tunggakan bantuan pendidikan anak-anak mereka bernilai kira-kira RM1.04 juta sejak 2008.
Dalam tuntutan saman itu, kumpulan ibu bapa tersebut mendakwa, kedua-dua pihak terbabit gagal melaksanakan pemberian bantuan RM50 sebulan kepada setiap kanak-kanak prasekolah seperti dijanjikan dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu.
Writ saman berkenaan telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

TAHNIAH - Upin, Ipin duta UNICEF Malaysia

thumbnail
KUALA LUMPUR 13 Mac - Watak animasi terkenal tempatan, Upin dan Ipin dipilih oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sebagai Duta Negara bagi mewakili Malaysia baru-baru ini.
Wakil UNICEF Malaysia, Wivina Belmonte berkata populariti dan komitmen dua Duta Negara muda itu boleh membantu memperjuangkan hak dan kesejahteraan kanak-kanak, di samping menyemai sikap menghormati wanita.
"Siri Upin & Ipin telah memberi mesej yang bermakna sempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia tahun ini dengan memberi mesej penting bahawa wanita tidak harus dicederakan, sebaliknya patut disayang dan disanjung," katanya dalam kenyataan akhbar di sini semalam.
Sejak animasi ini ditayangkan di TV9 pada 2007, siri itu telah mendapat perhatian bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau Asia sehingga impaknya amat mendalam kerana ia dekat dengan jiwa kanak-kanak.
Siri TV terbitan Les' Copaque Production itu menurut Ketua Bahagian Pemasaran Antarabangsanya, Karyabudi Mohd. Aris, akan membantu UNICEF melalui laman sosialnya seperti Facebook yang telah mencecah 6.5 juta peminat serta medium lain seperti Twitter dan YouTube