Kenapa anda memerlukan polisi insurans bertempoh? Senang
sahaja, kerana polisi insurans bertempoh memberi perlindungan dan kos yang
rendah tetapi anda tidak mendapat apa-apa wang jika tiada sebarang kecelakaan
berlaku dalam tempoh insurans. Inilah makna sebenar insurans.
Ketika anak-anak masih kecil, wang insurans haruslaah
mencukupi untuk menanggung mereka selama 20 tahun. Kenapa membayar perlindungan
rm50,000 di bawah polisi insurans nilai tunai apabila anda boleh membayar
premium yang sama tetapi anda mendapat perlindungan rm100,000 di bawah polisi
insurans bertempoh.
Dengan premium yang tinggi untuk polisi insurans nilai
tunai, anda mungkin mendapati tidak mampu untuk membayar premium atau terpaksa
bersetuju dengan jumlah insurans yang lebih rendah.
Jurujual tidak galakkan insurans bertempoh
Ejen insurans pasti bersetuju polisi insurans bertempoh
bayaran premiumnya rendah tetapi ejen mungkin tidak mengalakkan anda mengambil
polisi insurans tersebut dengan memberikan beberapa alasan seperti syarikat
insurans akan lebih tegas dengan polisi tersebut dan juga anda akan mendapat
beberapa kelebihan lain dengan polisi nilai tunai.
Beberapa alasan yang di berikan oleh ejen insurans supaya
anda ambil polisi nilai tunai ialah:
Polisi insuran bertempoh membazir kerana anda tidak akan
mendapata apa-apa daripadanya – hakikatnya anda tidak mendapat apa-apa
sepanjang tempoh insurans walaupun anda membayar premium setiap bulan tidak
bermakna iainya satu pembaziran.
Jika menggunakan alasan yang sama, tidakkah ini bermakna
anda tidak harus di galakkan membeli polisi insurans kebakaran kerana anda
tidak akan mendapat wang kembali jika rumah anda tidak terbakar? Cuba
fikir-fikirkan.
Di sebabkan premium polisi insurans bertempoh lebih rendah
daripada premium polisi insurans nilai tunai, perbezaan bayaran premium itu
boleh di laburkan. Oleh itu adalah tidak benar untuk mengatakan anda tidak
mendapat apa-apa pulangan pun.
Anda mungkin mendapat keuntugan lebih daripada pelaburan
anda berbanding dengan wang yang anda dapat dari polisi insurans nilai tunai.
Bergantung kepada apa jenis pelaburan anda.
Wang daripada polisi insurans nilai tunai pula, mungkin
tidak sama jumlahnya dengan apa yang di anggarkan pada asalnya ( sewaktu anda
sign untuk ambil insurans ), katakana 20 tahun dulu. Ia bergantung kepada
prestasi kewangan syarikat tersebut sepanjang tempoh insurans tersebut. Tiada
apa yang boleh di lakukan memandangkan biasanya terdapat kenyataan yang
menyatakan nilai tunai sebenar tidak dijamin tetapi berasakan anggaran pulangan
sahaja.
0 Komen:
Catat Ulasan