Home » , » 14 Tips Cara Jimatkan Minyak Petrol Kereta

14 Tips Cara Jimatkan Minyak Petrol Kereta

Harga petrol sudah meningkat dengan banyaknya semenjak 10 tahun kebelakangan ini. Di sini kami kongsikan tip-tip penjimatan minyak tanpa perlu berbelanja sebarang aksesori tambahan untuk kereta anda.


Gambar: Sumber dari google img

1. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.

2. Tutup suis A/C dan gunakan "blower" tanpa pendingin udara. Cara ini amat sesuai pada waktu pagi dan malam

3. Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van dengan jarak yang selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat di kurangkan.

4. Minimumkan berat muatan kenderaan anda supaya kenderaan lebih ringan dan kurang memerlukan bahan api untuk bergerak

5. Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada anda.

6. Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik. Jalan yang sedikit jauh tetapi kurang trafik adalah lebih jimat daripada jalan yang penuh kesesakan trafik.

7. Pastikan anda menggunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan kerugian bahan api. Enjin kenderaan berfungsi dengan baik pada RPM 1500 ke 2500. Pandu kereta dengan kelajuan yang konsisten.

8. Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.

9. Tutup tingkap kereta ketika memandu, ia akan menjimat minyak anda sehingga 10%.
Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.

10. Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa. Enjin yang lama biasanya kurang efisien. Cuba lakukan pemeriksaan "Compression test" di bengkel yang mempunyai peralatan tersebut.

11. Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan.
Periksa penapis udara (tukar 40 000 km sekali).

12. Matikan enjin kereta ketika menunggu. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.

13. Gunakan tayar kereta yang mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang).
Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.

14. Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan. Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong kerana minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin.


Terima kasih kerana membaca 14 Tips Cara Jimatkan Minyak Petrol Kereta. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan