Home » , » Tips Meningkatkan Bilangan Pelawat Blog Anda Dan Terbukti Berjaya!

Tips Meningkatkan Bilangan Pelawat Blog Anda Dan Terbukti Berjaya!

uptrafik
Apabila anda menghasilkan blog, sudah pastinya, perkara yang paling diinginkan adalah mempunyai bilangan pelawat serta pembaca setia yang ramai. Berita baik!, kali ini, kami akan berkongsikan dengan anda  tip yang boleh anda lakukan untuk menarik lebih ramai pelawat ke blog anda dan sekaligus meningkatkan bilangan pembaca setia.

1. Banyakkan Post Yang Menarik

Kita selalu dengar "content is king", ianya memang tidak dapat dinafikan. Jadi, pastikan anda kerap mengemaskini blog anda dengan post-post yang menarik. Namun timbul pula persoalan, apakah yang dimaksudkan dengan "post yang menarik?". Ini kerana, "menarik" itu adalah sesuatu yang subjektif.
Post tentang "teknik mendidik anak" mungkin menarik bagi pembaca yang mempunyai anak, tetapi agak membosankan bagi mereka yang masih bujang. Oleh itu, kenalpasti, siapakah pembaca-pembaca blog anda dan tuliskan post yang berkaitan di dalam hidup mereka.

2. Sediakan Butang "Sharing"

Ini adalah butang yang wajib ada pada setiap blog. Letakkan butang sharing di blog anda agar pembaca-pembaca anda mudah untuk berkongsi kandungan blog anda kepada rakan-rakan mereka yang lain. Terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan butang sharing ini, antaranya adalah seperti AddThis  dan juga ShareThis.

3. Berikan Arahan Bertindak (Call To Action)

Pembaca anda mungkin akan mengkongsikan kandungan blog anda tanpa perlu diminta. Namun begitu, jika sesekali anda memberikan arahan dan meminta mereka mengkongsikan kandungan blog anda kepada rakan-rakan mereka, mereka pasti akan melakukannya.

4. Kongsikan Post Anda Di Rangkaian Sosial

Ini sememangnya satu amalan yang dapat meningkatkan bilangan pelawat dan pembaca blog anda secara mendadak. Tetapi, ramai penulis blog yang terlupa atau tidak berkesempatan  untuk melakukannya. Sebaik sahaja anda selesai menerbitkan post baru di blog anda, kongsikan url post terbaru itu di semua rangkaian sosial yang anda miliki, seperti facebook, twitter, linked in, google+ dan sebagainya.
Selain dapat menghebahkan post terbaru blog anda, ia juga sangat bagus untuk SEO.

5. Penulis Jemputan

Jika anda boleh membuat beberapa post pada website yang popular yang mana akan memberikan kredit kepada blog anda, jangan sesekali lepaskan peluang ini. Jika post yang anda hasilkan cukup menarik, pastinya, pembaca-pembaca blog popular tersebut akan berminat untuk mengenali tentang diri anda dengan lebih lanjut, maka, mereka akan lawati blog anda dan membaca post-post di blog anda pula. Jika blog anda juga mempunyai post-post yang menarik, pasti mereka akan kembali semula ke blog anda dan menjadi pembaca yang setia.

6. Tinggalkan Komen Di Blog Lain

Perkara ini mungkin akan mengambil sedikit masa anda, tetapi jika anda berkesempatan melakukannya, jangan lepaskan peluang ini. Luangkan sedikit masa untuk mengenali pemilik-pemilik blog yang lain, serta berikan sesuatu yang berharga kepada mereka dengan meninggalkan komen-komen yang bermakna di blog mereka.
"What you give, you give back" , jika anda tidak pernah melawat dan tidak pernah meninggalkan komen di blog orang lain, jadi jangan terlalu mengharap orang lain akan melawati dan meninggalkan komen di blog anda.

7.  Analisa dan Optimize Blog Anda

Google Analytics, adalah sebuah tool yang sangat membantu apabila tiba bab menganalisa . Dengan menganalisa blog anda, anda mungkin akan dapat mengenalpasti, beberapa corak klik pada blog anda. Di bahagian manakah yang paling banyak di klik? Butang apakah yang paling banyak di klik? Post mana satukah yang paling banyak dilawati? Dari manakah sumber pelawat utama blog anda? Adakah dari enjin carian, facebook atau sebagainya?

Apabila anda mengtahui maklumat-maklumat ini, ianya akan memudahkan anda untuk "tweak" blog anda dan seterusnya, mengembangkan lagi potensi blog anda.
Sekian, semoga perkongsian ini dapat membantu anda meingkatkan lagi bilangan pelawat dan pembaca setia blog anda. Jika rasa post ini bermanfaat.


Terima kasih kerana membaca Tips Meningkatkan Bilangan Pelawat Blog Anda Dan Terbukti Berjaya!. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan