Home » , , » Panduan Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan SPA

Panduan Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan SPA

Punca-punca gagal temuduga SPA ini dikongsikan kepada anda yang bakal menghadiri temuduga terutamanya temuduga kerajaan khusus sebagai panduan dan pengajaran untuk anda. Berikut merupakan punca-punca yang dapat dikongsikan kepada anda.

Seringkali terjadi calon temuduga gagal mendapat jawatan yang dipohon. Pernahkan terfikir disebalik kegagalan tersebut terdapat punca-punca yang datang dari calon itu sendiri?


Ayuh ketahui punca-punca kegagalan calon temuduga mendapat kerja kerajaan sebagai pengajaran dan panduan buat anda semua yang bakal menghadiri sesi temuduga jawatan kerajaan 2014.

Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan SPA


Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan

1. Tidak Membuat Persiapan / Persediaan Secukupnya
Kebanyakan calon temuduga tidak mengambil serius tentang persediaan menghadapi temuduga. Sekiranya persediaan dibuat pun hanyalah sekadar sahaja. Tanpa persediaan dan persiapan yang rapi, anda sebenarnya bakal menemui titik kegagalan dalam temuduga.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa calon yang membuat persediaan/persiapan yang rapi sebelum temuduga mempunyai peratusan yang tinggi untuk berjaya. Mereka berusaha keras membuat persediaan dan tidak bergantung kepada nasib semata-mata.

2. Bersifat Pasif Semasa Temuduga
Terdapat calon yang bersikap pasif semasa sesi temuduga berjalan. Lebih jelas lagi tidak wujud elemen interaksi dan komunikasi dalam diri calon. Ibarat sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab.

3. Dokumen Tidak Lengkap
Calon tidak membawa sebarang dokumen sebagai bukti kelayakan yang dinyatakan di dalam borang permohonan tersebut. Jika dokumen tersebut hilang, calon seharusnya mendapatkan dokumen sementara sebagai sokongan pada dokumen yang hilang itu.

4. Lewat Menghadiri Temuduga
Terdapat calon yang hadir lewat ke sesi temuduga SPA. Walaupun calon mampu menjawab soalan yang ditanya oleh panel penemuduga, akan terdapat komen negatif kepada calon. Pertama, calon tidak komited atau bersungguh-sungguh terhadap jawatan yang dipohon. Kedua, panel penemuduga akan beranggapan kemungkinan calon akan bersifat sedemikian apabila berkerja nanti.

5. Tidak Tahu Tentang Isu Semasa
Terdapat calon yang tiada pengetahuan langsung tentang isu-isu semasa dan tahap pengetahuan am amat rendah. Hal ini digambarkan seperti 'katak di bawah tempurung' dimana calon tahu tentang dunianya sahaja.

6. Tidak Jujur Dalam Menjawab Soalan
Kejujuran merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian. Panel penemuduga akan menilai aspek kejujuran yang terdapat dalam diri calon. Aspek kejujuran di sini adalah melibatkan perkara-perkara baik, bukannya jujur mendedahkan sesuatu yang bersifat negatif. Kejujuran anda untuk berkhidmat sebagai penjawat awam akan dinilai dengan lebih terperinci.

7. Tidak Tahu Mengenai Temuduga Yang Dihadiri
Terdapat calon yang menghadiri temuduga tanpa mengetahui tentang temuduga yang dijalankan. Ini adalah salah satu kesilapan besar yang perlu calon elakkan. Situasi seperti ini jelas menunjukkan calon tidak serius dan tidak komited dengan jawatan yang dipohon.

8. Pemakaian Yang Tidak Sesuai
Jangan sesekali mengabaikan aspek pemakaian semasa menghadiri temuduga. Ini kerana aspek pemakaian turut mempunyai 'aura' tersendiri semasa anda menghadiri temuduga. Aspek pemakaian bukan hanya mempengaruhi panel penemuduga, malah turut mempengaruhi anda sendiri. Dengan pemakaian yang beretika, hebat dan professional, ianya bukan sahaja mempengaruhi panel penemuduga, malah memberi pengaruh besar kepada tahap keyakinan, ketenangan dan kehebatan diri anda.

9. Tidur Lewat Pada Malam Sebelum Temuduga
Hal ini seringkali dilakukan oleh calon temuduga dimana calon tidur lewat atau berjaga sehingga pagi menjelang hari temuduga. Situasi ini pastinya memberi kesan kepada kesegaran dan kecergasan diri calon.
Tidak mempunyai rehat dan tidur yang cukup boleh memberikan kesan negatif seperti gagal menampilkan prestasi terbaik semasa temuduga akibat dari rehat dan tidur yang tidak cukup. Selain itu, ia juga memberi kesan buruk terhadap tahap kecerdasan minda anda. Tanpa minda yang cerdas, anda bakal 'bergelut' menahan 'asakan' soalan dari panel penemuduga.

Kesimpulannya, calon temuduga perlulah menjauhi sikap sambil lewa dan tidak peka dalam menghadapi temuduga. Sikap sambil lewa dan tidak peka ini boleh menyebabkan anda gagal dalam temuduga kerajaan. Namun, dalam setiap persaingan pasti ada yang menang dan pasti ada yang kalah. 

Walaupun begitu, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk anda tidak berusaha dalam mencapai kerjaya yang diidam-idamkan. Oleh itu, jadikan punca-punca yang dinyatakan di atas sebagai panduan, rujukan serta pengajaran kepada anda pada masa akan datang agar tidak tersalah langkah ketika menghadiri temuduga.



Terima kasih kerana membaca Panduan Punca GAGAL Temuduga Kerja Kerajaan SPA. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan