Home » » Akaun Facebook suspek jadi perhatian

Akaun Facebook suspek jadi perhatian

Kuala Lumpur: Akaun Facebook, dipercayai milik Ardi Hamza, 37, suspek utama pembunuhan kakitangan Ambank, Norazita Abu Talib, menjadi perhatian orang ramai sejak kelmarin. 

Laman berkenaan yang menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela itu, menggunakan gambar profil mirip wajah suspek yang diedarkan polis sejurus pembunuhan pada Rabu lalu. 

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata polis yang turut memantau, percaya akaun Facebook terbabit milik suspek. 


Berdasarkan semakan BH terhadap laman itu, pemiliknya memuat naik status terakhir, dua hari sebelum pembunuhan terbabit, dengan tulisan, "Jum Blik kampung kita.... mat mlam all" (jom balik kampung kita, selamat malam semua). 

Sehingga jam 9 pagi semalam, seramai 186 pelayar internet berkongsi status terakhir lelaki itu sambil mengecam pembunuhan yang dilakukan dan mengajak orang ramai membantu polis menjejaki suspek. 

Tunjuk gambar pakai seragam pengawal 

Himpunan gambar yang disimpan dalam akuan itu antara lain menunjukkan suspek memakai seragam pengawal keselamatan, lengkap memegang senjata api jenis Pump Gun dan dipercayai dirakamkan ketika bertugas di bank. 
Antara gambar lain yang dimuat naik lelaki itu termasuklah lebih tiga keping gambar longgokan wang tunai dan aktivitinya bersama rakan ketika bersenam dalam gimnasium. 

Berdasarkan bahasa digunakan pada status dan kebanyakan komen dalam laman itu, menunjukkan pemilik akaun terbabit berasal dari Indonesia, sekali gus menguatkan lagi kenyataan polis sebelum ini bahawa suspek berasal dari Sulawesi, Indonesia. 

Dalam kejadian di USJ Sentral, Subang Jaya, jam 6.20 petang Rabu lalu, Norazita, 37, yang juga Pegawai Operasi Ambank Cawangan USJ, maut ditembak di kepala dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan tempat kerjanya. 

Larikan wang tunai 

Suspek kemudian melarikan wang tunai RM450,000 dari bilik kebal bank berkenaan yang sebelum itu dibuka oleh mangsa untuk menyimpan wang. 

Dalam usaha memburu suspek, setakat ini polis menahan tiga individu termasuk isterinya pada hari kejadian kerana dipercayai turut bersubahat dan menemui wang tunai RM30,000. 

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut mengesahkan suspek terbabit menggunakan MyKad palsu berdasarkan nombor dokumen itu tidak wujud dalam sistem maklumat jabatan itu.


Terima kasih kerana membaca Akaun Facebook suspek jadi perhatian. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan