Home » » Kereta Honda Accord Serba Baru

Kereta Honda Accord Serba Baru

Honda Malaysia Sdn Bhd melancarkan model Accord serba baru yang disasarkannya menguasai 30 peratus daripada pasaran segmen kereta salon eksekutif bukan nasional di negara ini. Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Yoichiro Ueno, berkata pihaknya menyasarkan menjual 2,800 unit model berkenaan tahun ini atau kira-kira 700 unit sebulan.Beliau berkata, Accord generasi kesembilan yang didatangkan dalam tiga varian iaitu 2.0L VTi, 2.0L VTi-L dan 2.4L VTi-L itu menetapkan standard baru dari aspek ciri kemewahan dan teknologi inovatif.

Model terbaru Honda Accord 2.4VTI-L
"Kami yakin Accord baru ini akan menjadi produk yang mendahului segmennya dan disukai rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kereta berkenaan di Shah Alam, semalam. Yang hadir sama ialah Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah. Accord baru itu ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM139,800 untuk varian 2.0L VTi; 2.0L VTi (RM149,800) dan 2.4L VTi-L (RM172,800).
Lima pilihan warna

Ia ditawarkan dalam lima pilihan warna termasuk satu warna baru iaitu Modern Steel Metallic, Champagne Frost Pearl, Crystal Black Pearl (hitam), Tafetta White (putih) dan Alabaster Silver Metallic (perak). Lebih kecil dan ringan berbanding model terdahulu, Accord baru itu ditampilkan dengan penambahan ciri teknologi termaju dengan rekaan luaran yang dipertingkat melalui badan berbentuk V yang sangat aerodinamik serta menyerlahkan kemewahan dan kualiti yang dicipta Honda untuk menawarkan kualiti pemanduan berprestasi tinggi dan penjimatan bahan api.

Ia dibina berdasarkan kemahuan pelanggan terhadap ciri keselamatan pintar dan maju termasuk teknologi bantuan penglihatan seperti kamera LaneWatch yang ada pada varian 2.4VTi-L, iaitu model pertama Honda Malaysia dilengkapi ciri keselamatan terbabit. Varian 2.0VTi-L dan 2.4VTi-L juga menampilkan kamera pandang belakang pelbagai sudut yang mampu mempamerkan ruang sehingga 180 darjah untuk pandangan lebih jelas ketika mengundurkan kenderaan.

Ketiga-tiga varian Accord baru itu dilengkapi mod ECON yang apabila diaktifkan akan menggabung dan mengoperasikan fungsi ECO Assist yang mampu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api dengan hanya menekan satu butang.

Jaminan lima tahun

Ueno berkata, Honda Malaysia menawarkan jaminan lima tahun dengan jarak perbatuan tidak terhad untuk model Accord baru itu, bertujuan menawarkan pengalaman pemilikan terbaik kepada bakal pembeli.Beliau berkata, pihaknya yakin pakej selepas jualan baru yang kompetitif juga mampu menarik minat pelanggan Honda untuk menjadikan Accord sebagai kenderaan pilihan.

"Di Malaysia, Accord mempunyai ramai peminat setia untuk semua generasinya dan setakat 31 Ogos lalu, lebih 51,000 unit Honda Accord sudah dijual di negara ini," katanya.
*Kalau nak jimat minyak, boleh cuba pakai penjimat minyak nih.


Terima kasih kerana membaca Kereta Honda Accord Serba Baru. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan