Home » » My Apple iClub dan Global Fix Generation - Baiki tefelon di kedai mamak

My Apple iClub dan Global Fix Generation - Baiki tefelon di kedai mamak

PERANAN gajet pintar dalam tugas seharian tidak boleh dinafikan lagi kerana ia kini sudah menjadi nadi dalam sebuah kehidupan.Sehari tanpa gajet pintar boleh membuatkan kehidupan menjadi serba tidak kena. Apatah lagi segala maklumat penting seperti jadual, e-mel dan nota disimpan dalam gajet tersebut.
Bayangkan jika gajet pintar itu rosak? Sudah tentu akan timbul pelbagai masalah lain khususnya berkaitan usaha untuk membaikinya.
 
Pasti ada yang akan berasa bimbang untuk meninggalkan gajet tersebut sehari atau dua hari di kedai untuk diperbaiki. Malah, ada kedai mengambil masa seminggu sehingga menjejaskan kerja seharian.
Jika dapat dibaiki sekali pun, soal kadar bayaran pula akan timbul. Adakah kadar tersebut setimpal dengan kerja yang dilakukan dan adakah alat ganti yang digunakan tulen?
Semua itu sentiasa bermain di fikiran pemilik gajet pintar. Namun kini, kamu tidak perlu berasa bimbang kerana sudah wujud sebuah kumpulan anak muda menyediakan perkhidmatan membaik pulih, khidmat nasihat dan jual beli dengan mudah.
 
Gajet yang rosak akan diperbaiki di hadapan pelanggan dan pelanggan dapat mengetahui maklumat tambahan mengenai gajet yang digunakan.
Apa yang menarik, jika masalah itu tidak dapat diselesaikan, tiada sebarang bayaran dikenakan dan pelanggan dapat melihat sendiri barangan yang rosak diganti di depan mata.
Mari kita kenali kumpulan anak muda yang menggelar diri mereka sebagai My Apple iClub dan Global Fix Generation



Terima kasih kerana membaca My Apple iClub dan Global Fix Generation - Baiki tefelon di kedai mamak. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan