Home » » LAHAD DATU - Azzumudie dalam kepungan

LAHAD DATU - Azzumudie dalam kepungan

LAHAD DATU 13 Mac - Pasukan keselamatan yakin ketua pengganas Sulu yang melancarkan serangan bersenjata di daerah ini, Azzumudie Kiram masih berada dalam kawasan kepungan bersama ahli kumpulannya.
 
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (gambar) berkata, Azzumudie tidak mungkin dapat melarikan diri dan meninggalkan kumpulannya bersendirian.
Kita berkeyakinan dia (Azzumudie) masih berada dalam lokasi Ops Daulat berdasarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan operasi di Kampung (Kg.) Tanjung Batu, Kg. Sungai Nyamuk dan Kg. Sungai Bilis selain perairan negara," katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Panglima 1 Divisyen, Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16 dekat sini hari ini.



Terima kasih kerana membaca LAHAD DATU - Azzumudie dalam kepungan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan