Home » » Dasar baru sektor kereta

Dasar baru sektor kereta

Proton Holdings Bhd menyambut baik pengumuman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai pengenalan secara berperingkat-peringkat dasar baharu bagi industri kereta yang bertujuan merangka kaedah mengurangkan harga.

Proton berkata memandangkan dasar baharu membabitkan keseluruhan ekosistem industri itu, ia akan mengkaji keseluruhan aspek berkaitannya serta kemungkinan impak ke atas syarikat dan keseluruhan industri kereta tempatan.



"Ia untuk memutuskan tindakan selanjutnya, pelan akan datang dan arah tuju, bukan sahaja untuk syarikat itu malah keseluruhan ekosistem industri dalam pasaran tempatan dan antarabangsa," kata syarikat pembuat kereta itu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun katanya syarikat itu seperti peserta lain, sudah menjangkakan anjakan dasar ke arah liberalisasi pasaran, dan syarikat itu yakin ia mampu bersaing dalam pasaran yang liberal sepenuhnya dengan menawarkan kereta berkualiti dan mampu dibeli.

"Proton komited sepenuhnya untuk mengubah penerimaan dan persepsi ramai mengenai jenama, dan perakuan lima bintang ANCAP (Program Penilaian Baharu Australasia) daripada pengawal selia kereta Australia untuk Proton Preve awal minggu ini, merupakan bukti peningkatan kualiti dan keupayaan aspek keselamatan kereta kita," katanya.

Ia berkata usaha semasa dan berterusan oleh syarikat dalam meningkatkan kualiti dan standard keretanya di rantau ini juga membolehkan Proton Saga FLX, model sedan keluarga, menerima anugerah 3 bintang Asean NCAP (Program Penilaian Kereta Baharu) bulan lepas.

"Kejayaan ini membuktikan arah tuju baharu Proton dalam menawarkan perlindungan keselamatan tahap tinggi kepada pelanggan dalam kenderaan mereka.

"Ia juga memperkukuhkan komitmen kami untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan di semua peringkat, dan menawarkan nilai untuk wang bagi kereta berkualiti tinggi," katanya.



Terima kasih kerana membaca Dasar baru sektor kereta. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan