Geneva: Ikon penentangan Taliban di Pakistan, Malala Yousufzai dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton, tersenarai sebagai calon Hadiah Keamanan Nobel, ketika Institut Nobel mengumumkan 259 pencalonan.
Senarai calon tahun ini mengandungi seramai 209 individu dan 50 organisasi, kata institut berkenaan, tanpa mengulas lanjut mengenai nama dalam senarai itu selaras dengan peraturan. Senarai calon dirahsiakan selama 50 tahun.
Senarai calon tahun ini mengandungi seramai 209 individu dan 50 organisasi, kata institut berkenaan, tanpa mengulas lanjut mengenai nama dalam senarai itu selaras dengan peraturan. Senarai calon dirahsiakan selama 50 tahun.
Aktivis wanita Russia seperti Lyudmila Alexeyeva, Svetlana Gannushkina dan Lilia Shibanova kemungkinan menjadi calon serius selain kumpulan hak Memorial dan aktivis hak Belarus yang dipenjarakan, Ales Belyatski.
Nama lain dalam senarai itu termasuk Presiden Myanmar, Thein Sein; penganut Kristian Koptik, Maggie Gobran yang digelar 'Mother Teresa' Mesir kerana membantu penduduk miskin di Kaherah dan Denis Mukwege, doktor yang mengasaskan klinik untuk mangsa rogol di Republik Demokratik Congo.
Faktor usia
Mengulas mengenai Malala, Ketua Institut Penyelidikan Keamanan Oslo, Kristian Berg Harpviken, berpendapat usia Malala dikatakan menjadi faktor dia mungkin tidak terpilih.
"Beliau dicalonkan atas beberapa sebab termasuk simbol hak gadis dan wanita, pendidikan, belia dan memerangi keganasan. Usianya juga faktor penting.
"Dia masih terlalu muda walaupun alasan untuk memberi anugerah kepadanya mudah difahami," katanya
0 Komen:
Catat Ulasan