Home » , , , » 8 Teknik Bebas Hutang Yang Senang Di amalkan

8 Teknik Bebas Hutang Yang Senang Di amalkan

Terdapat pelbagai jenis hutang yang biasa kita buat untuk hidup lebih selesa. Setiap orang biasanya ada hutang. Kalau pelajar, hutang belajar nak kena bayar dan juga hutang motor. Kalau yang dah bekerja lagi lah banyak hutang.

Tetapi ramai yanag tak sedar atau buat-buat tak sedar bahaya hutang-hutang tersebut menyusahkan. Memang betul kita boleh dapat servis daripada hutang tersebut seperti penggunaan kredit kad, boleh memudahkan kita untuk berbelanja. Tetapi bila tiba masa nak bayar, pening kepala juga memikirkannya jika kita berbelanja lebih daripada pendapatan.

Adakah cara yang baik untuk kita bebas daripada hutang? Mesti ada kan cuma kita nak buat ke tak nak sahaja sebab tak mahu ketinggalan dalam dunia serba canggih sekarang - dunia oh dunia.

Nanti sata nak kongsikan 7 teknik yang boleh di amalkan untuk bebas hutang dan tenang dalam hidup.

Jenis-jenis Hutang Yang Biasa Kita Buat


Terdapat beberapa jenis hutang yang biasa kita hadapi dalam hidup ni. Tak boleh lari kecuali kita sudah celik pasal kewangan semasa belajar lagi, mungkin kita boleh mengelak daripada berhutang.

Jenis-jenis hutang yang biasa kita ada ialah:


  • hutang rumah ( housing loan )
  • hutang kredit kad ( credit card )
  • hutang kereta ( car loan )
  • hutang pinjaman pendidikan - ptptn
  • hutan kredit kad ( credit card )
  • personal loan
  • hutang motor
  • ansuran bulanan beli barang


Itu antara jenis-jenis hutang yang biasa. Bagaimana kita nak mengelak ataupun megurangkan hutang-hutang ini?

8 Teknik Bebas Hutang Yang Senang Di amalkan


Terdapat beberapa cara untuk bebas daripada hutang ni tetapi yang penting kita amalkan bukan sehingga tahu sahaja. Itu yang membezakan orang yang bebas hutang dengan yang suka berhutang.

teknik bebas hutang


Teknik bebas hutang:

Teknik #1 : Hidup di bawah paras kemapuan kita - contohnya kalau kita mampu guna kereta Proton Preve, apa kata kita guna kereta Proton Saga BLM sahaja. Nampak tuh kan, kita dah boleh jimat duit kat sini daripada bayar ansuran bulanan kereta Preve tuh.

Teknik #2 : Jangan beli kalau tak mampu - kalau kita nak bei barang seperti smartphone ke, kita tunggu dulu sehingga duit cukup baru lah beli cash, kan ke kita boleh elakkan hutang tuh. Walaupun sedikit, tapi kalau kita amalkan menjadi tabiat yang baik.

Teknik #3 : Langsaikan hutang yang interest tinggi dulu - sebagai contoh, hutang kredit kad 15% ( credirt cards ) kena langsaikan dulu daripada hutang car loan 3 - 5% sahaja.Senaraikan hutang-hutang kita dan cuba selesaikan yang ada interest paling tinggi.

Teknik #4 : Buka akaun Full Settlement hutang - akaun ni adalah untuk simpan duit yang akan di gunakan untuk bayar hutang-hutang sekali gus. Stanby akaun ni nak simpan sikit-sikit. Bila dah cukup, bayar kereta sepenuhnya. Dapat la jimatkan interes bank tu kan.

Teknik #5 : Simpan bonus dalam akaun Full Settlement hutang - dapat bonus simpan, jangan membazir. Orang kata nak rewards kat diri juga kan, boleh le juga tapi jangan yang mahal-mahal. Simpan dalam akaun Full Settlement hutang untuk bayar hutang nanti.

Teknik #6 : Simpan kenaikan gaji - kenaikan gaji sila simpan. Katakan kenaikan tahunan rm150, simpan dalam akaun Full Settlement hutang. Sikpa kena betul la baru boleh bebas hutang.

Teknik #7 : Bila dah settle satu hutang, simpan bayaran bulanan tu dalam akaun Full Settlement hutang - lagi le cepat akaun ni meningkat kan. Kena kosisten  le kalau nak berjaya. Nak hidup bergaya, sabar le dulu.

Teknik #8 : Bayar hutang secara automatik - buat standing instruction supaya kita tak lupa hutang kita untuk di bayar setiap bulan. Nanti ke caj lain pula kalau lupa kan.

Teknik #9 Merupakan Teknik Tidak Terkalah


Selain kumpul duit, kumpul juga ilmu mengenai kewangan. Sangat penting hinggakan kita boleh menambah teknik-teknik lain untuk bebas hutang.

Dengan ada ilmu kewangan, banking dan sebagainya, kita boleh menjana sendiri idea macam mana jimatkan duit dan seterusnya bebas hutang di Malaysia.


Terima kasih kerana membaca 8 Teknik Bebas Hutang Yang Senang Di amalkan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan