Home » , » Tip Buat Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2014/ 2015 KPM Online

Tip Buat Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2014/ 2015 KPM Online

Semakan keputusan permohonan Matrikulasi sesi akademik 2014/ 2015 KPM online. Bagi calon SPM yang telah membuat permohonan program Matrikulasi KPM, anda boleh membuat semakan pada tarikh yang telah ditetapkan. Menerusi Bahagian Matrikulasi, tawaran Matrikulasi akan diumumkan mulai khamis 24 April 2014.

Matrikulasi-rasmi

Tarikh Rasmi Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2014/ 2015 KPM

Semakan keputusan Matrikulasi 2014/ 2015 akan diumumkan pada khamis 24 April 2014. Tarikh rasmi tersebut telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2014/2015, calon dikehendaki membawa bersama surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen maklumat pelajar serta borang perjanjian pelajar (dua salinan).

Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2014/ 2015 KPM Online

Semakan boleh dibuat di laman http://www.moe.gov.my atau http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran setelah applikasi semakan matrikulasi sesi 2014/ 2015 telah dibuka.
semakan-tawaran

Semakan Guna SMS Matrikulasi Sesi 2014/ 2015

SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Tarikh Pendaftaran Matrikulasi Sesi 2014/ 2015

Tarikh pendaftaran Matrikulasi sesi 2014/ 2015 akan diadakan pada ketetapan berikut iaitu Kolej Matrikulasi Labuan dan Perlis (19 Mei 2014); Kolej Matrikulasi Sarawak, Kedah dan Kelantan (25 Mei 2014) dan Kolej Matrikulasi lain di seluruh Semenanjung pada 26 Mei 2014.

Rayuan Program Matrikulasi 2014/ 2015

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang  http://www.moe.gov.my pada tarikh semakan matrikulasi dibuka. Rayuan boleh dikemukakan terus menerusi laman sesawang KPM mulai 24 April 2014 hingga 8 Mei 2014. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup pada 8 Mei 2014 tidak akan dipertimbangkan.


Terima kasih kerana membaca Tip Buat Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2014/ 2015 KPM Online. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan