Home » , » Panduan Cara Semak Saman AES Melalui Online

Panduan Cara Semak Saman AES Melalui Online

Masih ingat AES? Sekarang ada cara nak semak saman AES secara online jer. Bagus pembaikkan dari JPJ ni, menyenangkan untuk semak saman AES secara online. Macam mana dengan keberkesanan AES? Statistik belum keluar lagi ke? Harap-harap dapat keluarkan statistik tengok ok ke tak penggunaan AES ni. Bagi diri saya sendiri, AES ni berkesan, memang akan slow kereta bila sampai tempat ada AES. Takut gak oo melayan duit melayang duit bayar saman.

Cara Semak Saman AES Melalui Online



1. Semak Saman AES Melalui SMS 
Untuk menyemak saman Trafik, Saman JPJ atau Polis secara SMS.
Taip POLIS SAMAN ( NO. Plat kenderaan ) dan hantar ke 32728 .
* Caj RM0.50 akan dikenakan bagi setiap SMS

2. Semak Saman AES Melalui SMS 15888
Selain semak saman AES secara SMS macam cara 1, cara yang ni pun boleh digunakan.
Taip POLIS SAMAN [NO. Plat kenderaan] dan hantar ke 15888
* Setiap SMS akan dicaj RM 0.20.
  
3. Semak Saman AES Melalui Website 
Juga boleh semak saman melalui websiteRangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK).
- Saman Saman AES Online PDRM 

4. Semak Saman AES melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 
Semakan saman juga boleh dibuat melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara percuma. Sebelum itu, kita perlu memohon dan mendaftar ID Sikap dikaunter JPJ yang berdekatan. Antara perkhidmatan yang disediakan;
Semakan Saman/Notis Semakan Senarai HitamRayuan Lesen Memandu Tamat TempohSemakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan MotorSemakan Tarikh Luput Lesen Memandu dan banyak lagi ..

5. Semak saman AES melalui Android Smartphone

Bagi pengguna Android Smartphone, anda mungkin boleh mencuba mengguna aplikasi-aplikasi berikut untuk menyemak saman AES secara online;

Malaysia Polis Summons
Check Saman JPJ


Terima kasih kerana membaca Panduan Cara Semak Saman AES Melalui Online. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan