Home » » Tips - 7 Cara Buat Duit Dari Rumah

Tips - 7 Cara Buat Duit Dari Rumah



Jika anda salah seorang yang pernah meng’google’ ayat seperti “bagaimana menjana pendapatan dari rumah”, “bekerja dari rumah”, “jana pendapatan sampingan” dan sebagainya… Anda tentu akan mendapat jutaan hasil carian yang menjanjikan anda perkara yang bukan-bukan. Biasanya adalah mereka yang akan mengajak anda menyertai MLM, skim cepat kaya ataupun mereka akan meminta anda untuk membeli ebook daripada mereka.
Jadi hari ini, saya tidak akan membuat semua itu, kerana pembaca blog saya adalah mereka yang mencari artikel perniagaan tulen yang betul-betul boleh membawa hasil.

Berikut adalah 7 jenis peniagaan kecil yang anda boleh mulakan daripada rumah.

1. Menjual Dari Katalog – Anda boleh menjadi ejen kepada jenama-jenama terkenal dalam bidang kecantikan, pinggan mangkuk atau pakaian muslimah dengan hanya membeli katalog mereka. Anda tidak perlu menyimpan stok. Ini di namakan bisnes dropship ( tanpa modal ), siapa-siapa boleh join.
Biasanya orang wanita, mereka akan memanggil ramai kawan-kawan ke rumah mereka dengan membawa makanan masing-masing yang dipanggil ‘potluck’. Pada majlis seperti ini, mereka masing-masing akan membawa katalog dan menjual sesama sendiri. Biasanya tuan rumah mempunyai kelebihan untuk mempromosikan barangan beliau.
2. Menjual barangan secara online – Anda boleh memilih untuk membuka kedai online di www.lot.my ataupun memilih untuk mengiklankan di mudah.my. Dengan dua kaedah ini, anda dapat mencari pelanggan untuk membeli barangan anda. Dapatkan tip menjual di facebook untuk lebih lanjut.
Kaedah yang terbaik ialah anda membuka sebuah kedai online di www.lot.my dan seterusnya bawa masuk pelanggan ke kedai online anda ini daripada mudah.my atau facebook. Jika minat nak ada produk sendiri, boleh jer ----- > cara senang je nak hasilkan produk sendiri tanpa kemahiran istimewa.
3. Mengajar tuisyen – ibubapa hari ini sangat memerlukan seseorang cikgu terutama cikgu yang berdekatan dengan rumah. Ini akan memudahkan mereka untuk menghantar anak mereka untuk mendapatkan kelas tambahan.
Jadi ini adalah peluang anda untuk mengajar mereka dengan wang sebagai timbal balik. Anda boleh mengajar kanak-kanak semuda yang masih belajar di tadika atau yang berada di sekolah menengah.
4. Menjadi Babysitter – Memandangkan ramai ibubapa yang kedua-duanya bekerja. Mereka sentiasa menjadi seseorang yang mampu menjaga anak kecil ini.
Anda boleh menawarkan perkhidmatan ini
Amaran : mulakan perniagaan ini hanya jika anda berminat menjaga anak-anak kecil kerana kerja ini akan memberikan anda stress yang tinggi serta sangat meletihkan. (cerita dari pengalaman.. he he he)
5. Menjana pendapatan dengan menulis – Anda boleh mulakan pekerjaan dari rumah dengan menulis bagi blog orang lain. Ramai blogger perniagaan yang mencari seseorang untuk menulis bagi pihak mereka.
Jadi anda boleh menawarkan perkhidmatan ini. Hanya di rumah anda boleh buat pendapatan RM 500-1000 sebulan dengan menulis.
Jika anda boleh menulis dalam bahasa Inggeris, anda boleh memilih untuk menulis di iWriter.
6. Menjahit – Kerja ini mungkin memakan masa yang lama. Namun boleh memberikan anda pendapatan lumayan jika anda melakukannya.
Sebelum anda menjawab, anda tidak tahu menjahit. Anda hanya perlu menghadiri kelas menjahit dengan bayaran RM 160 untuk 4 kali kelas. Ini pelaburan yang anda tidak akan rugi.
Selepas itu, anda boleh mengambil tempahan untuk pakaian-pakaian biasa terlebih dahulu sebelum pergi ke tahap yang lebih tinggi. Selain tu ada panduan menjahit tudung untuk di kongsi bersama.
7. Memasak – Anda boleh menyediakan perkhidmatan memasak bagi pasangan yang bekerja yang mempunyai anak remaja. Ibubapa seperti ini tidak mempunyai masa untuk memasak dan tidak mahu juga anak mereka makan di restoran.
Mereka ini lebih selesa sekiranya terdapat ibu lain yang memasak untuk anak mereka. Sudah tentu masakan ini lebih berkhasiat, bersih dan sedap.
Jadi anda boleh menawarkan perkhidmatan sebegini untuk pendapatan tambahan anda. Jika anda nak tahu cara buat bun, pau dan pizza kat rumah, boleh tengok video ini yang di sediakan oleh chef.
Ini hanya sedikit daripada ribuan kaedah lain yang anda boleh gunakan untuk bekerja dari rumah. Jadi modal atau kemahiran bukanlah alasan untuk anda tidak memulakan perniagaan daripada rumah.
Ia hanya bergantung kepada anda samada anda mahu ataupun tidak ?
Apa lagi idea yang anda boleh berikan kepada mereka yang tercari-cari idea untuk menjana pendapatan dari rumah ?


Terima kasih kerana membaca Tips - 7 Cara Buat Duit Dari Rumah. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan