Panduan wanita buat bisnes dari rumah

Bekerja di rumah atau menjana pendapatan hanya dari rumah bukan sesuatu yang mustahil pada zaman teknologi yang serba canggih ini.Malah,ia menjadi trend yang semakin mendapat perhatian para wanita dan juga kaum bapa.Tidak dinafikan,dahulu ada juga wanita yang bekerja dari rumah seperti menganyam tikar,mengambil upah membasuh pakaian,menjahit dan membuat kuih tetapi pasaran agak terhad iaitu hanya di sekitar kampung sahaja.


Zaman teknologi di hujung jari sekarang memberikan peluang kepada para wanita khususnya untuk menjana pendapatan dari rumah dan mempunyai pejabat sendiri.Memikul tanggungjawab sebagai seorang suri rumah sekaligus menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja.Pejabat di rumah atau dikenali sebagai small office home office (SOHO), sudah menjadi pilihan untuk menikmati keseimbangan gaya hidup, bekerja dan matlamat untuk keluarga. Pemilik SOHO, dikategorikan sebagai bekerja seperti penterjemah, penulis, pereka bentuk web.
Kategori ke dua ialah mengusahakan bisnes dari rumah, iaitu menawarkan produk dan perkhidmatan yang memasarkan melalui laman web jualan,facebook dan laman sosial yang lain di internet. Pengusaha SOHO boleh diusahakan secara sambilan juga secara sepenuh masa bagi mereka yang benar-benar serius.Bisnes dari rumah juga boleh bermula tanpa modal dan tanpa produk sendiri serta tanpa perlu pergi ke pejabat pos.Bagaimana caranya?Caranya ialah menjadi agen untuk mempromosikan produk orang lain.Biasanya,komisen yang diberikan sekitar 20% sehingga 50%.Agen atau reseller hanya mempromosikan produk tanpa perlu mengepos tempahan dan mengurus stok.

Ia juga rendah risiko, kos yang rendah, permulaan yang mudah bagi pemula bisnes yang baru.Pemilik SOHO perlu mempunyai pengurusan masa yang lebih baik, pengurusan operasi yang lebih tersusun. Ia bukan budaya luar biasa khususnya di negara maju. Konsep bekerja dari rumah atau Small Office Home Office (SOHO) bukan perkara asing malah semakin diterima masyarakat.

Seiring dengan kemajuan dan kecekapan teknologi komunikasi dan maklumat (IT), semakin ramai individu khususnya yang celik IT mencuri peluang untuk bina kerjaya idaman dan mempunyai pejabat sendiri.Laporan kajian dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih 25 juta penduduknya menyertai program SOHO dalam pelbagai sektor. Senarai ini diikuti Kanada (2.5 juta), United Kingdom (2.2 juta), Australia (778,000) dan New Zealand (200,000).

Mungkin sekitar lima tahun lalu, konsep ini masih dianggap baru di Malaysia. Namun ia kini semakin mendapat perhatian. Kementerian Sumber Manusia ada menyediakan program berdasarkan Peraturan Kerja Separa Masa mengikut Akta Kerja 1955 yang dilancarkan pada 2008 bagi menggalakkan pekerja sektor awam dan swasta bekerja separuh masa atau bekerja dari rumah.

Objektifnya, program terbabit memberi peluang kepada warga kerja khususnya wanita untuk menyertai dan terus bekerja bagi menambah pendapatan berikutan waktu lebih anjal, kurang tekanan, bebas daripada kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

Ketahui lebih lanjut mengenai tips dan panduan perempuan jana wang dari rumah boleh rujuk ke ------------ > Panduan jana wang dari rumah untuk wanita.

Selamat berjaya, try dulu bari tahu.


Terima kasih kerana membaca Panduan wanita buat bisnes dari rumah. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan