Home » » 2 biji bom di jumpai

2 biji bom di jumpai

Ada bom yang pulak dah di Telok Kemang. Dua butir bom mortar ditemui orang awam yang sedang bersiar-siar di Pantai 3 Telok Kemang, kira-kira jam 10.40 pagi, semalam.Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, siasatan mendapati bom berukuran 66 milimeter (mm) itu dipercayai digunakan semasa perang di Tanah Melayu.Menurutnya, bom itu bagaimanapun dimusnahkan unit pemusnah bom (UPB) diketuai Sarjan Mejar Abas Sadikun di Jeti Nelayan Telok Kemang yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi ditemui.






"Bom ini dimusnahkan pada jam 2.45 petang. Gerak kerja memindah dan memusnahkan bom berjalan dengan lancar," katanya.

Abd Wahab turut mengingatkan orang ramai supaya menghubungi pihak polis jika terjumpa objek yang ganjil atau menyerupai bom.

"Jangan bertindak untuk mengendalikan sendiri objek berkenaan kerana sedikit kesilapan akan membawa padah," katanya.

Macam-macam kat Malaysia sekarang ni.


Terima kasih kerana membaca 2 biji bom di jumpai. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan