Home » » Twitter kawal penggunaan bahasa kesat

Twitter kawal penggunaan bahasa kesat

London: Twitter semalam mengumumkan peraturan baru mengawal penggunaan bahasa kesat dengan menekan satu punat bagi melaporkan kesalahan itu.

Ia berikutan kemarahan yang meningkat terhadap mesej ugutan dan mengandungi perkataan kesat terhadap selebriti wanita yang menjadi ahli media sosial itu.
Dengan menekan punat itu, ahli Twitter tidak perlu melaporkan salah laku kepada pusat bantuannya yang memerlukan mereka mengisi borang aduan.


Tambah petugas

Twitter juga berjanji menambah petugas untuk menyekat sebarang penggunaan mesej berunsur negatif itu.

Ketika menerangkan perkara itu, Pengurus Besarnya, Tony Wang, turut meminta maaf kepada mangsa yang menerima mesej kesat di media sosial berkenaan.

"Apa yang mereka hadapi tidak boleh diterima. Jika orang ramai tidak menerimanya, ia juga tidak boleh diterima bagi pengguna Twitter.
"Kami akan ambil lebih banyak langkah melindung pengguna daripada salah laku itu. Itu komitmen kami," katanya.

Isu itu mendapat perhatian selepas beberapa wanita mendedahkan bagaimana mereka menerima mesej berunsur ancaman dan kata-kata kesat di Twitter.


Terima kasih kerana membaca Twitter kawal penggunaan bahasa kesat. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan