Home » » Mayat mangsa dibaham buaya ditemui

Mayat mangsa dibaham buaya ditemui

Darwin: Polis menemui mayat perenang berusia 26 tahun dan bangkai buaya yang ditembak selepas mangsa cuba berenang di perairan penuh reptilia itu.

Polis berkata Sean Cole dan seorang rakan berenang menyeberangi Sungai Mary dan berenang semula apabila buaya sepanjang 4.7 meter itu membaham dadanya tengah hari Sabtu lalu ketika 15 rakan menyaksikan dalam keadaan ketakutan dari tebing sungai.
Kejadian berlaku ketika Cola menyertai sambutan ulang tahun kelahiran rakannya di sebatang sungai Outback, Australia, hujung minggu lalu.


Renjer hidupan liar Wilayah Utara, Tom Nichols berkata mayat Cole dan buaya yang mati itu terapung di permukaan sungai awal pagi semalam.

Buaya itu ditembak renjer dalam tempoh beberapa jam selepas serangan malam Sabtu lalu namun tenggelam sebelum sempat ditangkap.

Cole menyambut ulang tahun kelahiran seorang rakannya itu di Mary River Wilderness Retreat, sebuah destinasi pelancongan terkenal Outback, kira-kira 110 kilometer di tenggara ibu kota Wilayah Utara di sini.

Sungai Mary terkenal di seluruh dunia memiliki buaya dewasa air masin paling padat di dunia. Anda tidak boleh berenang dalam Sungai Mary, kata Sarjan Kanan Geoff Bahnert. AP


Terima kasih kerana membaca Mayat mangsa dibaham buaya ditemui. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan