Home » » Gambar blur lelaki disyakki bunuh tokoh perbankan

Gambar blur lelaki disyakki bunuh tokoh perbankan

KUALA LUMPUR - Siasatan lanjut kes pembunuhan tokoh perbankan, Hussain Ahmad Najadi yang mati ditembak di kawasan letak kereta sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon dekat Bukit Bintang di sini pada Isnin lalu menemui dua perkembangan penting yang diharap dapat merungkai dalang di sebalik kejadian itu.
Pertama, polis telah menangkap pemandu teksi yang membawa lelaki disyaki pembunuh upahan dan kedua, gambar lelaki dipercayai terlibat dalam pembunuhan yang diambil daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) diedarkan kepada orang ramai.
kredit: kosmo
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan agresif pihaknya dapat menahan seorang pemandu teksi berketurunan Cina di sebuah restoran di Sri Petaling di sini pada pukul 9 malam kelmarin. Dia kini direman selama tujuh hari bermula semalam.
 


Terima kasih kerana membaca Gambar blur lelaki disyakki bunuh tokoh perbankan. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan

Featured post

Tip buat kerja separuh masa di rumah

Terdapat banyak cara untuk membuat kerja secara full time ataupun secara separuh masa di rumah. Dan dah ramai yang berjaya dan ramai juga...