Home » » Beli kereta guna wang kecil

Beli kereta guna wang kecil

ZHENGZHOU - Seorang jurujual di China terkejut apabila seorang ahli perniagaan membayar tunai kereta yang dibelinya dengan menggunakan sejumlah wang kecil, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhang membuat bayaran berjumlah £16,000 (RM82,575) menggunakan 10 buah kotak berisi wang kertas satu yuan (RM0.54) dan duit syiling.Dia yang dikenali sebagai Zhang menghantar lebih 10 buah kotak kepingan wang kertas dan syiling.
kredit: kosmo
Urusniaga berkenaan berlaku di sebuah pusat automotif di bandar ini, dalam wilayah Henan.
Kesemua wang itu kemudian dibawa ke sebuah bank yang mana dua orang kerani diperlukan untuk mengiranya.Masa selama beberapa jam diperlukan untuk mengira sejumlah 13,000 yuan (RM7,071) wang kecil itu.
 


Terima kasih kerana membaca Beli kereta guna wang kecil. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan