Home » » 'Jual tapak bazar Ramadan RM60,000'

'Jual tapak bazar Ramadan RM60,000'

Ada persatuan peniaga yang memperoleh tapak niaga di bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, menjual kepada warga asing sehingga RM60,000 bagi mendapatkan keuntungan segera.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, berkata persatuan berkenaan antara lima persatuan peniaga yang diberikan tapak di bazar Ramadan iaitu sekurang-kurangnya 10 tapak di Jalan TAR.
Jual satu unit RM6,000


Bagaimanapun katanya, persatuan berkenaan sanggup menjual tapak terbabit dengan harga RM6,000 bagi setiap unit kepada warga asing semata-mata mahu mendapat keuntungan berganda.

Desak DBKL senarai hitam

"Sehubungan itu, saya mendesak supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyenarai hitamkan persatuan berkenaan supaya tidak lagi dibenarkan memiliki tapak sepanjang Ramadan akan datang.

"Perbuatan mereka sangat mengecewakan peniaga lain kerana masih ramai yang mahukan tapak berkenaan untuk mencari rezeki sepanjang Ramadan, namun mereka menjualnya pula kepada warga asing," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi


Terima kasih kerana membaca 'Jual tapak bazar Ramadan RM60,000'. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan