Home » » Tiru Awang Hitam tipu gadis

Tiru Awang Hitam tipu gadis

KUALA LUMPUR - Kes penipuan penghantaran barangan palsu yang sering didalangi warga Afrika kini dilakukan pula oleh lelaki tempatan. Perkara ini terbongkar apabila mendapati mereka meniru modus operandi Awang Hitam untuk memperdaya wang milik seorang guru Taman Didikan Kanak-Kanak (tadika) baru-baru ini.
 
Dalam kejadian September tahun lalu, wanita berusia 26 tahun tersebut kerugian RM2,000 selepas ditipu oleh seorang lelaki tempatan bergelar Shafik. Mereka berkenalan sebulan sebelum itu menerusi laman sembang Yahoo Messenger.
Modus operandi Shafik seakan-akan sama dengan taktik yang digunakan warga Afrika apabila berpura-pura bercinta dengan mangsa sambil mengeluarkan ayat-ayat manis sebelum memberitahu akan menghantar barangan berharga selepas memastikan wanita berkenaan telah termakan kata-katanya itu.
Antara kandungan barangan yang kononnya hendak dihantar melalui pos termasuk gajet, wangian dan barangan perhiasan wanita.
 
Beberapa hari kemudian, mangsa yang teruja dengan tawaran tersebut telah dihubungi oleh seorang wanita yang menyamar sebagai pekerja sebuah syarikat kurier memaklumkan yang dia dikehendaki membayar RM6,400 sebagai caj.



Terima kasih kerana membaca Tiru Awang Hitam tipu gadis. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan