Home » » Remaja gila gajet

Remaja gila gajet

BAGAIKAN tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit, itulah yang boleh diertikan kepada perilaku remaja hari ini yang sangat bergantung hidup terhadap pelbagai gajet berteknologi pintar.
Tidak kira di mana mahupun bila, pasti kita akan melihat ramai di antara remaja yang tidak henti-henti membelek telefon di tangan mereka walaupun sedang bersama keluarga mahupun rakan.
Perkara ini turut mendapat perhatian kerajaan dengan pemberian rebat sebanyak RM200 untuk remaja berumur 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan RM3,000 ke bawah.
 
Ini secara tidak langsung menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan generasi muda mampu mendapatkan perkhidmatan Internet melalui telefon pintar.
Mungkin ada yang mengatakan golongan ini antisosial tetapi dakwaan itu boleh diketepikan dengan alasan dunia Internet turut menyediakan laman untuk bersosial. Itulah realitinya iaitu remaja dan gajet seperti tidak dapat dipisahkan pada hari ini.
 
Tinjauan di pusat tumpuan utama sekitar Kuala Lumpur termasuk restoran mamak mendapati golongan itu tidak lekang dengan telefon bimbit masing-masing.
Kebanyakan mereka menggunakan telefon pintar dengan pelbagai fungsi dan aplikasi menarik yang membolehkan mereka berhubung di alam maya dengan mudah.
Fokus minggu ini melihat sejauh mana kegilaan remaja terhadap gajet pintar dan kesannya kepada diri dan masyarakat sekeliling.
Mari ikuti kisah dan pandangan remaja itu sendiri serta pakar-pakar tentang perkara yang sedang melanda generasi muda hari ini.



Terima kasih kerana membaca Remaja gila gajet. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan