Home » » Ramai pemain tak tahu isi kandungan perjanjian: Bakri

Ramai pemain tak tahu isi kandungan perjanjian: Bakri

Kuala Lumpur: Pemain bola sepak tempatan memang buta peraturan!

Mungkin itu yang dapat diringkaskan oleh bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni mengenai situasi yang dihadapi pemain bola sepak tempatan membabitkan isu buta peraturan ketika menandatangani kontrak bersama sesebuah pasukan atau kelab.
Berdasarkan pengalaman sejak bergiat aktif dalam sukan nombor satu negara itu, Bakri mengakui kebanyakan pemain sekarang hanya tahu untuk menyertai pasukan dan lebih mengutamakan jumlah pendapatan ditawarkan pasukan disertai.

 
Kebanyakan pemain hanya tahu untuk menyertai pasukan dan lebih utamakan jumlah pendapatan ditawarkan" Bakri Ibni, Bekas pemain kebangsaan


Tak tahu isi kontrak

"Pemain tidak tahu mengenai perkara itu (peraturan kontrak). Mungkin ada kontrak yang merugikan pemain itu sendiri.

"Sekarang pemain hanya ambil tahu pasukan mana yang mahu mendapatkan khidmat mereka dan terus bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan tanpa mengambil tahu isi kandungan sebenar sesuatu perjanjian yang dipersetujui," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas laporan BH Sukan, semalam melaporkan kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang mengakui pemain bola sepak tempatan mengambil mudah hal berkaitan perjanjian kontrak.

Rujuk peguam

Malah Azzuddin berkata sebagai seorang yang profesional, pemain perlu tahu setiap sudut secara terperinci mengenai isi kandungan kontrak yang mereka tandatangan.

"Di luar sudah profesional sepenuhnya tetapi kita sekarang belum menggambarkan bola sepak kita sudah mencapai taraf itu. Jadi sebelum menurunkan tandatangan, adalah lebih baik seseorang pemain itu merujuk kepada peguam sebelum bersetuju dengan apa yang ditawarkan," kata Bakri yang meledak satu gol ketika mengalahkan Korea Selatan pada peringkat kelayakan Olimpik 1980.


Terima kasih kerana membaca Ramai pemain tak tahu isi kandungan perjanjian: Bakri. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan