Home » » Perkenal Pusat Latihan 1Malaysia

Perkenal Pusat Latihan 1Malaysia

Putrajaya: Kerajaan akan memperkenalkan Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Centre (1MTC) dalam usaha menzahirkan agenda transformasi negara.

Unit Permodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dalam satu kenyataan semalam, berkata projek 1MTC itu bertujuan mengoptimumkan penggunaan sumber dan kemudahan latihan sedia ada di sebanyak 324 institusi latihan awam serta semua agensi sektor awam.
Pembangunan 1MTC ini secara tidak langsung dapat membantu kerajaan membuat keputusan strategik berkaitan penggunaan institusi latihan awam supaya memanfaatkan lebih ramai pelatih. Fasa pertama projek dilaksanakan secara perintis di lima institut latihan awam.


Institut latihan awam ditambah

Ini termasuk Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Institut Penilaian Negara (INSPEN), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) serta Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).

MAMPU juga memaklumkan bilangan institut latihan awam seterusnya akan ditambah dalam fasa kedua pembangunan secara berperingkat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menyempurnakan pelancaran 1MTC berkenaan pada Mac ini.

Inisiatif 1MTC diterajui MAMPU dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersama Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta One Malaysia for Youth (1M4U).


Terima kasih kerana membaca Perkenal Pusat Latihan 1Malaysia. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan