Home » » Majlis Syura PAS tolak kalimah dalam Bible Melayu

Majlis Syura PAS tolak kalimah dalam Bible Melayu

Kuala Lumpur: Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Sayap tertinggi dalam parti berkenaan yang dianggotai 15 ahli, berpendapat menterjemah kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna dan salah guna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata, sekali gus perlu dicegah.
Ketetapan itu yang turut melarang kalimah Allah diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia, diputuskan pada mesyuarat di Ibu Pejabat PAS, di sini yang dipengerusikan Mursyidul Amnya, Datuk Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

 
Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani umat Islam iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan" Kenyataan Majlis Syura PAS

Dalam kenyataan media dikeluarkan selepas mesyuarat hampir dua jam berakhir 11 malam itu, Nik Aziz dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, berkata kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah.

Nik Aziz turut sokong

"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani umat Islam iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan," kata kenyataan berkenaan.

Mesyuarat terbabit dipercayai diadakan berikutan perbezaan pendapat antara pemimpin PAS dalam isu berkenaan. Pada 2010, PAS bersetuju bahawa Islam tidak melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dengan syarat ia tidak disalah guna.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan sempena sambutan Krismas, Disember lalu, mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible bahasa Melayu. Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Timbalannya, Mohamad Sabu sebelum ini dilapor menyokong perkara berkenaan dengan syarat tertentu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bersama Haron dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib antara ahli Majlis Syura yang menyatakan pendirian mereka secara terbuka menentang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam.

Sementara itu, mesyuarat berkenaan juga bersetuju mendesak kerajaan membenarkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang memperjelaskan isu amanatnya, sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.


Terima kasih kerana membaca Majlis Syura PAS tolak kalimah dalam Bible Melayu. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan

Featured post

Tip buat kerja separuh masa di rumah

Terdapat banyak cara untuk membuat kerja secara full time ataupun secara separuh masa di rumah. Dan dah ramai yang berjaya dan ramai juga...